Misteri Herba Ajaib ‘Allamanda Genus’Mujarab Sembuhkan Berbagai Penyakit Kronik

“Saya memasak dan minum ekstrak ‘Allamanda Genus’ selama sebulan untuk mengawal tekanan darah saya.Dan mendapati bacaan tekanan darah saya menurun dan doktor mengesahkan saya kembali sihat”

<img src="Allamanda Genus.jpg" alt=" Misteri Herba Ajaib Allamanda Genus Mujarab Sembuhkan Berbagai Penyakit Kronik">
   (Alamanda – Allamanda cathartica/ Kredit Foto by herba.berita1.com)




Fortuna Recycle Garden.Com-
Dunia perobatan herba tradisional di Malaysia tiba-tiba menjadi heboh meriah.Kerana adanya seorang tukang kebun sekolah kebangsaan di Melaka bernama Anuar Hashim, 59,yang beralamat di Jalan Solok Kolam 2, Kampung Pengkalan Batu,Melaka.telah menemukan sejenis tumbuhan herba yang boleh mengobati dan membantu melegakan 10 hingga 15 jenis penyakit.
(Klik baca:13 Manfaat dan Khasiat Daun Pepaya Untuk Kesihatan)


Kampung Pengkalan Batu,Melaka,ini yang dianggarkan telah wujud 300 tahun lalu,memang sudah terkenal dengan berbagai tarikan pelancongan diantaranya adanya rumah orang kampung yang sudah lama dijadikan tarikan pelancong.(gambar bawah)

Sebagai kampung tradisional yang mempamerkan seni bina rumah asal tradisional sehingga kepopularan kampung itu disebut-sebut di kalangan pelancong asing.Dan disamping itu dahulu kampung ini merupakan kampung terbiar dan dipenuhi semak-samun serta hutan tebal.

Kerana sebagai kampung terbiar, maka timbullah cerita di kalangan penduduk asal di situ bahawa kampung tersebut dihuni golongan makhluk halus seperti jin, orang bunian dan pontianak sehingga menimbulkan perasan resah di kalangan penduduk di situ.

Kampung Pengkalan Batu dibuka oleh Allahyarham Datuk Baharum atau lebih dikenali di kalangan penduduk setempat dengan panggilan Datuk Gubah.


Datuk Gubah merupakan salah seorang alim ulama dan tokoh agama yang terkenal pada zaman itu dan beliau turut mendiami kampung tersebut.


Dan makamnya juga terdapat di Kampung Pengkalan Batu.
Kerajaan Negeri melalui usaha Perbadanan Muzium Melaka (PERZIM) menamakan makam tersebut dengan nama 'Nesan Batu Acheh'.(sumber)

<img src="Allamanda Genus.jpg" alt=" Misteri Herba Ajaib Allamanda Genus Mujarab Sembuhkan Berbagai Penyakit Kronik">



Penemuan herba obat ajaib.

Berbalik kepada cerita penemuan herba ajaib tersebut.Pekebun bernama Anuar Hashim telah membuka sedikit rahasia penemuannya,dimana herba tersebut menurutnya sejenis pokok ‘Allamanda genus’ yang biasa untuk memperindahkan kawasan sekolah di tempat dia bekerja.
“Penyelia (pegawai atasannya)memberitahu bahawa tumbuhan ini adalah herba dan saya mengujinya dengan menyapukan daun tumbuhan tersebut pada bahagian yang cedera akibat terjatuh.Yang mengejutkan saya ialah kecederaan itu sembuh dalam masa beberapa hari,” katanya,
“Saya kemudian memasak dan minum ekstrak tumbuhan itu selama sebulan untuk melihat sekiranya ia dapat membantu mengawal tekanan darah saya.
“Saya terkejut apabila mendapati bacaan tekanan darah saya menurun dan doktor mengesahkan saya kembali sihat,” katanya.
Anwar berkata, dia kemudiannya meminta jiran-jirannya yang mempunyai pelbagai penyakit supaya meminum enam gelas teh itu setiap hari selama sebulan.
“Ajaibnya, mereka sembuh,” dakwanya.(sumber)



<img src="Allamanda Genus.jpg" alt=" Misteri Herba Ajaib Allamanda Genus Mujarab Sembuhkan Berbagai Penyakit Kronik">

(Alamanda – Allamanda cathartica/ Kredit Foto by herba.berita1.com)


<img src="Allamanda Genus.jpg" alt=" Misteri Herba Ajaib Allamanda Genus Mujarab Sembuhkan Berbagai Penyakit Kronik">

(Rumah Warisan Abu Hassan Mat,Pengkalan Batu Melaka)



Setelah saya mancari info dibeberapa website tumbuhan herba,saya temukan adalah kelompok Allamanda Cathartica (Golden Trumpet).(seperti gambar diatas)

Walaupun beliau
Anuar Hashim menyebut jenis tanaman tersebut sejenis pokok ‘Allamanda genus’.
Allamanda cathartica (Golden Trumpet) merupakan tumbuhan hiasan kelompok 'Allamanda genus' dalam keluarga Apocynaceae, yang berasal dari Brazil.Amerika Selatan.


Penemuan sebelum ini tumbuhan ‘Allamanda genus’ hanya digunakan terutamanya untuk merawat malaria.


Menurut Pakar Hortikultur,Malaysia,Gary Gan berkata, Allamanda genus merupakan tumbuhan tropika yang mempunyai berbagai khasiat selain mengurangkan tahap kolestrol.


“Bagaimanapun, menyembuhkan pesakit strok merupakan sesuatu yang baharu,” katanya, sambil menambah bahawa perkara tersebut memerlukan penyelidikan lanjut.


Allamanda merupakan genus tumbuhan berbunga,bunga besarnya adalah sangat wangi,yang lebih dikenali kerana saiz dan warnanya, biasanya kuning.


Ia digunakan sebagai perubatan tradisional, dengan beberapa spesis yang dijadikan untuk merawat tumor hati, penyakit kuning dan malaria.




<img src="Allamanda Genus.jpg" alt=" Misteri Herba Ajaib Allamanda Genus Mujarab Sembuhkan Berbagai Penyakit Kronik">

<img src="Allamanda Genus.jpg" alt=" Misteri Herba Ajaib Allamanda Genus Mujarab Sembuhkan Berbagai Penyakit Kronik">

(Anuar sedang membancuh teh herba/gambar atas)
(Orang ramai sedang menikmati obat herba ajaib tukang kebun)

FOTO by mstar.com.my.



Tukang Kebun ini masih berahasia tentang ramuan sebenarnya.

Dalam beberapa pemberitaan media di internet,beliau menyatakan bahan ramuan tersebut hanya tumbuhan herba ‘Allamanda genus’.Sementara itu pada media lain saya menemukan pengakuan beliau bahwa tumbuhan herba tersebut diambilnya dari sebuah hutan di Negeri Sembilan berdekatan Melaka juga.


Sudah tentu dan kita akur beliau akan merahasiakan apa jenis ramuan yang beliau olahdan temui tersebut hingga bisa menjadi obat yang ampuh dan mujarab.

Menurut Anuar ada sejenis lain  daun herba yang digunakan untuk menghasilkan minuman itu, dan telah diamalkan ahli keluarga dan rakan-rakan terdekatnya sejak 15 tahun  lalu.

Pengakuan beliau ini yang membuat saya dan siapa saja akan menjadi tertanya-tanya,apakah sebenarnya ramuan herba tersebut ;Adakah satu macam saja yaitu tumbuhan herba ‘Allamanda genus’atau beliau telah menjalankan proses percobaan berbagai tumbuhan herba sebelum ini.seperti ulasannya yang dibawah ini;
“Dulu saya seorang tukang kebun sekolah dan pernah dihantar belajar landskap di beberapa tempat. Dari situ saya tahu akan kelebihan daun herba ini.

“Kajian demi kajian saya lakukan sendiri, akhirnya buahkan hasil seperti sekarang,” katanya.
“Saya tak boleh bagi tahu apakah tumbuhan sebenar herba ini. Tetapi ia sudah disampelkan bagi kajian Kementerian Kesihatan untuk diluluskan,” katanya.

Menurut beberapa pengunjung yang telah merasa minuman herba obat iini rasanya seakan air mata kucing atau buah kundur.Dan yang hebatnya adunan ramuan herba ini telah beliau proses hingga boleh dinikmati untuk peringkat semua umur dengan kuantiti yang berbeda.

Dan pengunjung yang akan minum obat herba ini,beliau nasehatkan untuk  berpantang dahulu minum minuman berkafein dan makan ikan pari bagi memastikan kemujaraban air ajaib itu berkesan.

Anuar berkata, perkongsian manfaat air ajaib itu akan diteruskan selagi termampu kerana mahu melihat setiap anggota masyarakat, khususnya di Melaka bebas daripada pelbagai penyakit.

Testimoni Herba Ajaib ini;


Seorang pesakit, Ramli Ali.57,sebelum ini menghidapi kanser kelenjar tahap dua pada 2011 sehingga menyebabkan diri tidak bermaya dan hanya merangkak untuk bergerak.
“Selama sebulan saya minum air ini dan sudah mengamalkan sejak tiga bulan lalu,dengan izin Allah SWT.Anggota tubuh saya sudah boleh digerakkan.Sekarang saya boleh memandu,badan sentiasa segar,walaupun saya masih tidak tahu apakah ramuan sebenar air ajaib ini,”

Kenyataan Mariam Mamat, 65, pula, dia menghidap penyakit parkinson sejak kira-kira 11 tahun lalu dan mengamalkan minum air berkenaan sejak sebulan lalu.

“Sebelum ini, anggota badan selalu menggigil kuat,badan saya bisa-bisa,lenguh dan susah hendak bercakap.

“Selepas mendapat tahu dari kawan, saya cuba sebagai rawatan alternatif dan hasilnya Alhamdulillah, badan semakin sihat dan anggota menggigil semakin kurang,” katanya.


Demikianlah artikel ini saya tulis untuk manfaat kita bersama.Dan InsyaAllah,saya juga berhajat dalam waktu terdekat hendak menemui pakcik Anuar Hashim ini untuk bertanya lebih jelas apakah rahasia ramuan herba beliau ini.

Mohon doa dari anda pengunjung dan pembaca thread ini agar beliau dengan rela hati memberitahu ramuan obat herba tersebut.

Tujuan saya juga seperti beliau untuk membantu orang awam yang masih ramai mengalami berbagai penyakit yang sangat menyusahkan mereka untuk beribadat kepada Allah SWT.

Tiada yang mustahil disisi Allah SWT,jika kita ikhlas menjalaninya.

Semoga dengan Iradat,Kudrat dan TaufikNYA..perjalanan saya dalam waktu terdekat akan membuahkan hasil yang menggembirakan kita semua.Amiin.

Wallahua'lam bissawab.
Advertisemen

Disclaimer: Gambar, artikel ataupun video yang ada di web ini terkadang berasal dari berbagai sumber media lain. Hak Cipta sepenuhnya dipegang oleh sumber tersebut. Jika ada masalah terkait hal ini, Anda dapat menghubungi kami +60133524524
Related Posts
Disqus Comments
© Copyright 2017 Fortuna Recycle Garden.Com - All Rights Reserved - Created By BLAGIOKE Diberdayakan oleh Blogger